
athyrah_tyra
5 tahun
Darah Haid bewarna Hitam dan Berketul
Saya berumur 25tahun dan mengalami period yg teratur namun semenjak saya mengambil Nasal spray baclomet 50mg atas arahan doctor period saya menjadi tidak teratur dan yang keluar hanyalah ketulan hitam yg banyak ketika datang bulan.adakah saya patut risau?apa perlu say lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Adakah darah yang keluar dari haid anda berlaku mengikut kitaran haid atau ia berlaku dengan kerap? Darah yang keluar sedikit berkemungkinan besar merupakan haid yang normal, Ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.