
fazliatunizafafzil
5 tahun
Darah haid datang selama 2 minggu
Saya berumur 41 tahun, ibu kpd 3 org anak…semua anak saya dilahirkan secara pembedahan. Selepas anak ketiga, saya menjalani skali pembedahan ‘ikat’. Sekarang anak sy yg ketiga dh berumur 5 tahun. Bulan June 2019, buat pertama kali period saya datang selama 2 minggu lebih…saya mohon pandangan doktr apa yg perlu saya buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, period boleh berlaku selepas prosedure mengikat tube fallopian. Proses datang haid dan proses untuk persenyawaan merupakan dua proses yang berbeza. Selain itu, usia yang lanjut juga mampu menyebabkan ketidakseimbangan dalam hormon wanita sekali gus menyebabkan haid yang tidak teratur.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.