
Sulit
4 tahun
Darah haid hanya keluar sedikit pada Hari ketiga Dan seterusnya
Salam. Saya pelajar berumur 18 tahun ingin bertanya tentang masalah di mana darah haid saya semakin sedikit keluar . Bulan lalu sy selalunya akan haid pada 7 ogos , tetapi bulan ini pada 10 September. Saya risau kerana pada Hari pertama Saya haid, darah yang keluar adalah sangat banyak , diikuti Hari kedua. Tetapi pada Hari ketiga darah haid hnya kluar sedikit shaja. Selalunya saya akan haid selama 1 minggu. Adakah Saya mengalami stres ataupun masalah kanser Rahim atau sebagainya ? Bolehkah doktor memberikan penjelasan tntng masalah yang Saya hadapi ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid yang tidak teratur dan jumlah yang pelbagai.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak sebab yang boleh menjadikan haid seorang wanita tidak teratur seperti :
- Ketidakseimbangan hormon
- Ovulasi atau Ovulation Spotting
- Penyakit yang menyebabkan anda tidak berovulasi
- Masalah tiroid
- Stress atau kegelisahan
- Penggunaan kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Endometriosis (Ketumbuhan tisu rahim pada luar rahim)
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Jangkitan kuman pada serviks atau rahim
- Kehamilan ektopik
- Kanser rahim atau ovari
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Pemeriksaan dan pertanyaan lanjut perlu dilakukan oleh doktor untuk mengetahui kondisi sebenar anda. Masalah haid tidak teratur seringkali melanda wanita dan ianya bukanlah berpunca daripada kanser semata mata.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.