
Anonymous
6 tahun
Darah haid keluar banyak
Hai, saya Rina. Saya berumur 27 Dan bekerja. Saya ada masalah berkenaan kitaran haid tak teratur. Sebelum ni, bermula bulan 1/2019 hingga bulan 3/2019, 3 bulan la, says tak datang haid. Mulanya sy xrisau sebab, pernah je, sebulan dua saya tak datang haid. Tapi bile dah masuk 3 bulan, saya mula risau. Masuk awal bulan 4/2019, saya mula datang haid. Tapi sikit-sikit setiap hari pada awalnya. Bile masuk minggu ke2, haid saya mula keluar banyak macam hari pertama haid sampai hari ni 30/4/2019. Jadi dah sebulan saya haid tanpa henti.
Jadi saya nak tau, kenapa macam tu Dan apa perlu saya buat?

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca haid tidak teratur adalah
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Menurut masalah anda, anda disarankan merujuk kepada doktor pakar ginekologi supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dibuat.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!