
Sulit
4 tahun
Darah haid keluar dalam keadaan kering
Sakit perut yang tidak biasa seperti semasa tempoh haid selepas keesokannya darah yang yang keluar dalam keadaan kering

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Anda masih risau tentang haid sakit ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Berkenaan dengan keterangan anda tentang darah yang keluar dalam keadaan kering, kami memerlukan maklumat lanjut tentang perkara ini sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat. Bagaimanapun, haid yang sedikit dapat berpunca oleh:
- Stress
- Keletihan
- Jadual aktiviti harian yang berubah
- Perubahan berat badan mendadak
- Pengambilan pil perancang atau ubat-ubatan tertentu
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih