Sulit
5 tahun
Darah haid melebihi 14 hari
Hi Dr, saya wanita berumur 25 tahun dan saya mengalami gangguan haid yang tidak teratur. Namun 4 bulan sebelum kitaran haid saya normal sehinggalah baru baru ni saya datang haid tapi kuantiti yang sangat sedikit dan berpanjangan sehingga kadang kadang sehari hanya ada satu spot darah sahaja pada waktu bangun tidur. Untuk pengetahuan doktor berat saya ialah 57kg dengan tinggi 160cm. Boleh doktor tolong jelaskan keadaan saya? Terima kasih banyak doktor
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kitaran haid tidak teratur boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























