
Sulit
4 tahun
Darah haid melebihi 15 hari
Saya wanita berumur 20tahun . Saya dah keluar darah haid selama 12 hari . Saya risau sebab sebelum ni saya pernah datang haid selepas seminggu saya bersih daripda haid . Adakah sebab saya mengambil ubat stiroid berlebihan? Sebab sejak dari bulan 9 2020 saya pernah ambil suntikan gatal2 sebanyak 2 kali dalam sebulan dan tak kira ubat usng saya makan sebab saya terlalu gatal, saya banyak mengambil ubat dari 2/3 jenis klinik dan hospital. Mohon pencerahan daripada pihak doctor… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid yang anda hadapi. Namun begitu, pelbagai pertanyaan perlu ditanyakan kepada anda sebelum suatu diagnosis ditetapkan. Secara umum, masalah haid sebegini disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Akan tetapi, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah haid anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!