
Sulit
3 tahun
Darah haid sedikit keluar dan dalam 1bulan 3 kali
saya wanita berumur 28thun… saya sedang mengalami masalah kitaran haid yang tidak normal bagi saya… kerana dalam sebulan kadang sampai 3 kali saya period…,dan darah tu hanya sedikit sahaja yang keluar…,bila saya pakai pad darah saya terus bhenti… dalam setahun saya alami masalah nie ada 4 hingga 5 kali… boleh bantu saya apa masalah yang sedang saya alami???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badam yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (bulimia atau anoreksia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Masalah fibroid dalam rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan