
Anonymous
5 tahun
Darah haid sedikit tanda permasalahan dalaman
Saya perempuan berumur 20 tahun…Saya mahu bertanya adakah darah haid yang keluar sedikit merupakan tanda kepada permasalahan dalaman seperti pcos…tetapi kitaran haid saya setiap bulan tetap cuma sejak 6 bulan lepas darah haid sngat sedikit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang sedikit termasuk:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.