
Anonymous
5 tahun
Darah haid tak stabil dan sikit
saya wanita berumur 22 tahun. saya lambat period da 2 bulan. saya belum bekawin . pagi tadi seluar ada darah. saya pergi keja pakai pad. bila kencing sy tengok pad ada darah sikit je. berat saya 95 , tinggi saya 156 . mungkin ka saya mngalami berat badan belebihan salah satu faktor period tk teratur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat kemungkinan anda mengalami masalah haid tidak teratur. Antara puncanya adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Terdapat kemungkinan berat badan anda memberi kesan kepada kitaran haid anda kerana ia merupakan salah satu faktor kitaran haid tidak teratur. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.