
Sulit
4 tahun
Darah haid tidak berhenti hampir sebulan
Hai Doc, saya mengalami haid yang berpanjang mulai 10 mac hingga harini. Dalam tempoh tersebut hanya 3 hari sahaja heavy flow dan hari lain sedikit sahaja. Untuk maklum Doc, sy mgalami pertambahan berat dan dlam proses menurunkan berat badan. Apa yang patut sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti
- Berat badan berlebihan
- Mengambil perancang keluarga (pil, suntikan, implan atau IUCD)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan menyeluruh diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Pening kepala
- Pucat
- Lemah dan lesu
- Pitam
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.