
Sulit
5 tahun
Darah haid tidak tentu
Saya wanita barumur dalam 23y dan baru 2 bulan lebih berkahwin…selalu saya akan period pada hujung bulan…tetapi utk bulan 10 ni sya lewat satu mnggu dan keluar darah pada 4 november dlm dua hari jee drah keluar n berwarna coklat gelap lepastu tiada sudah… Slepas semnggu harini 23 november kluar darah balik tp cair sedikit… Boleh saya tahu kenapa?? Saya rasa sakit pada bhgian pinggang belah kiri dan kalau nak mengiring badan sama tunduk kebawah terasa sakitt…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah perubahan kitaran haid atau haid tidak teratur. Antara punca perkara ini terjadi adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.