
Sulit
3 tahun
Darah haid tidak teratur adakah itu normal
Saya wanita 20an…8 bulan selepas saya keguguran haid saya1hari sahaja darah haid berwarna merah dan esok darah haid saya berwarna koko tetapi darah haid saya 4 hari sahaja… darah haid saya tak normal macam sebelum ni… adakah itu kesan daripada keguguran?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Gangguan hormon
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan