
Anonymous
5 tahun
Darah haid warna coklat
Saya wanita berumur 19 tahun. Saya baru sahaja datang period pada 24/6 haritu. Keadaan darah haid normal sahaja dan period selama seminggu. Seminggu selepas darah haid saya berhenti. Cecair coklat keluar (seperti darah di hujung period) tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit tapi dia berlanjutan sampai la 3 hari dan sehingga sekarang. Adakah keadaan ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan coklat seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah.Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih