
Sulit
4 tahun
Darah haid warna hitam
Saya berumur 27 tahun, belum berkahwin.
Haid saya memang tak teratur. Biasanya datang 2@3 bulan sekali. Last period 31/08/2020. Dan setiap kali haid saya akan mengalami senggugut. Kebiasaannya hari pertama & kedua darah akan keluar dengan banyak.
Tetapi kelmarin 27/10/2020 keluar cecair/darah berwarna hitam dalam kuantiti yang sedikit dan saya tak mengalami senggugut.
Hari ini pon kuantiti cecair hitam yang keluar amat sedikit. Sampaikan saya tak perlu pakai pad.
Soalan saya, adakah ianya darah haid? Sebab musykil boleh solat ke tak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah haid berwarna coklat kehitaman yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Darah lama
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.