
syafiqasuhaimi92
5 tahun
Darah haid yang sedikit
Salam doktor,
Saya berusia 27 tahun dan masih belum berkahwin. Sejak 3,4 bulan kebelakangan ini saya mengalami masalah darah period yang sedikit. Kebiasaan nya darah haid saya akan habis pada hari ke 7 /8 tetapi sekarang pada hari ke 5/6 darah dah tiada. Selain itu,di awal period saya mengalami masalah sengugut walhal sebelum ini tidak pernah. Adakah ini normal doktor?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Memandangkan haid anda masih dalam batas 8 hari, justeru ia masih dalam batas normal.
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.