
Sulit
4 tahun
Darah hitam selepas keguguran
Pada hujung tahun lalu, haid saya lewat dan saya membuat ujian kehamilan. Keputusannya dua line. Saya seterusnya membuat pemeriksaan di klinik. Dr membuat scan US di bahagian perut dan mendapati tiada kantung kelihatan, dan membuat ujian UPT semula (sy dtg pada waktu tengahari), tiada dua line kelihatan. Dr menyatakan saya tidak mengandung. Keesokan harinya saya membuat UPT semula dirumah pada waktu pagi, masih dua line.
Seminggu selepas itu, gumpalan darah mula keluar semasa buang air kecil berlarutan dari setitik, semakin besar seakan saiz 50 sen dan berlarutan selama seminggu. Akhir sekali satu gumpalan besar darah keluar, dan saya merujuk ke kecemasan hospital. Dr membuat US melalui laluan bawah, dan mendapati tiada sisa besar darah lagi, hanya tinggal gumpalan kecil dan keputusannya diberitahu saya keguguran pada usia 9 minggu.
Selepas tempoh itu, darah masih lagi kerap keluar namun, sedikit-sedikit, tidak berhenti dalam jangka masa 3 bulan untuk habis.
saya merujuk semula kepada klinik, Dr mengatakan itu simptom biasa semasa keguguran.
Selepas darah berhenti sepenuhnya, darah titik hitam kerap akan keluar semula apabila selepas bersama dengan suami.
Darah hitam yang dimaksudnya berwarna hitam pekat.
Haid seterusnya datang, namun sangat sedikit, setitik-titik, berwarna hitam, hanyir, dalam masa 5 hari untuk kembali bersih.
Selepas dua minggu selepas haid kerap keluar kembali titik-titik hitam yang sedikit tetapi berpanjangan beberapa hari.
Saya tidak pasti apakah darah titik-titik hitam ini.
Kadang-kadang berasa kejang di bahagian otot peranakan, dan kerap kebas pada tapak kaki.
Saya juga mendapati ada benjolan-benjolan kecil di tepi bahagian ari-ari dan boleh dirasa dgn tangan.
Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Adakah ia simptom biasa walaupun 4 ke 5 bulan selepas keguguran?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.