
aculalala98
5 tahun
Darah keguguran berapa lama?
Saya keguguran kandungan diusia 14minggu . Harini ini cukup 52hari darah saya keluar . Kadang kadang darah keluar sedikit dan kadang kadang darah keluar banyak. Jika saya bertungku darah akan keluar bnyak . Adakah ini normal? Berapa tempoh keluarnya darah selepas keguguran yg normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan dari keguguran pada kebiasaannya akan keluar untuk tempoh 7-10 hari. Jika ia berlanjutan sehingga kini maka ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui puncanya
- Kanser rahim atau cerviks - faktor lain seperti positif pap smear, sejarah kekeluargaan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.