
Sulit
4 tahun
Darah keluar 2 hari sebelum tarikh period
Adakah spotting itu normal? Selalunya dalam berapa hari? L
Adakah ianya keluar bersama dengan lendiran keputihan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Seperti yang saya ada nyatakan sebelum ini, spotting boleh disebabkan perkara normal atau sebaliknya. Spotting yang normal akibat ovulasi adalah berbeza mengikut individu. Termasuklah spotting akibat kehamilan juga unik mengikut individu. Ingin saya tekankan disini, spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika spotting ada berkaitan dengam keputihan, terdapat kemungkinan ia disebabkan ketumbuhan atau jangkitan, kesan sampingan ubat ubatan dan sebagainya. Maka, maklumat lanjut diperlukan kerana setiap diagnosis memiliki gejala berkaitan tersendiri yang memerlukan persoalan lanjut. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.