Sulit
3 tahun
Darah keluar dari dubur apabila makan pedas semasa menyangkung walaupun tidak meneran
Ini masalah kawan saya, tapi saya nak bantu dia. Dia dah alami darah keluar dari dubur ni lama dah, mula mula dia ingat sebab haid mungkin nak keluar dalam masa terdekat, kemudian dia ingat sebab makan pedas, sebab dia perasan lepas dia makan pedas je darah keluar, tetapi darah keluar banyak walaupun dia tak meneran, boleh tolong and perlu ke dia pergi buat pemeriksaan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh rakan anda, iaitu darah yang keluar dari dubur ataupun rectal bleeding. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Buasir
- Divertikulum"diverticular disease"
- Kanser usus/”colorectal cancer”
- Sembelit"constipation"
- "Inflammatory bowel disease"
Rakan anda harus berjumpa dengan doktor jika terdapat gejala berikut:
- Rasa ingin pitam/pengsan
- Rasa sesak nafas
- Kekeliruan/gangguan mental
- Muntah-muntah
- Dehidrasi - kurang buang air kecil adalah tanda serius dehidrasi
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih