farhanajipun
4 tahun
Darah keluar dari dubur
Suami saya sejak beberapa hari ni setiap kali buang air besar darah akan pancut keluar dengan banyak sekali
Najis sikit pun tidak keluar
Apa punca nya doktor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- buasir
- penyakit radang usus seperti Crohn’s disease
- anal fissure
- diverticulitis
- pendarahan di sepanjang laluan pencernaan
- kanser usus
Namun, terdapat beberapa soalan yang pihak kami harus ajukan kepada puan seperti
- adakah darah bercampur dengan najis?
- sifat dan warna darah tersebut?
- adakah terdapat simptom lain seperti sakit abdomen atau hilang berat badan?
- berapakah umur suami puan?
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih