
Sulit
3 tahun
Darah keluar dari faraj dan banyak serta berketul
Hi saya remaja umur 19 tahun…saya sudah period pada 2/11 dan akhir pada 9/11…dan pada malam 16/11…darah keluar daripada faraj saya…bau tidak seperti darah haid…tapi keluar banyak dan kadang kala ada yang berketul…sampai rasa ketul di faraj saya keluar…apa perlu buat yaaa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa gejala yang boleh menyebabkan anda mengalami simptom seperti atas. Antaranya ialah:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan