
Anonymous
4 tahun
Darah keluar dari faraj (spotting)
Saya seorang wanita berumur 28tahun dan sudah berkahwin pada Ogos 2018. Dalam sebulan dua ini, saya mengalami ‘spotting’.
Mula-mula saya ingat itu darah haid. Sebab ini kali pertama saya mengalaminya. Tetapi pendarahan itu hanya berlaku dalam masa sehari sahaja. Saya tidak syak yang saya mengandung sebab tiada tanda-tanda.
2 hari lepas (21 Mei 2019), saya mengalami masalah yang sama lagi. Dan saya ingat saya haid. Tapi bila check kalendar kitaran haid saya, saya baru 11hari habis haid. ‘Spotting’ itu hanya sehari sahaja.
Adakah saya mengalami Kanser Rahim atau Fibroid ?
Terima kasih doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.