
Sulit
5 tahun
Darah keluar dari kemaluan bayi
Bayi saya berusia 5 hari. Sejak pagi tadi terdapat pendarahan yang keluar dari kemaluan. Adakah normal? Sebelum ni takde darah yang keluar … risau saya jika ini ada dengan masalah dalaman bayi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Sering kali, air kencing yang pekat memberi warna kemerah-marahan. Hal ini disalah aggap sebagai darah. Sekiranya anak anda kerap kencing sekurang-kurangnya 4 kali sehari anda tidak perlu risau. Namun, sekiranya masalah ini berterusan anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Akan tetapi sekiranya, ia memnag darah, masalah ini tidak boleh diambil remeh. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya jangkitan saluran kencing, luka, masalah darah atau sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.