
Sulit
5 tahun
Darah keluar dari qubul pagi tadi (selepas subuh)
Assalamualaikum doktor… Dikira h

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangya, sukar untuk pihak kami membuat kesimpulan sama ada darah tersebut merupakan darah haid ataupun pendarahan lain. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi sekiranya masalah ini diajukan kerana berkaitan dengan puasa, secara amnya dalam Islam selagi pendarahan tersebut dalam tempoh 15 hari dari hari pertama anda yakin berlakunya pendarahan haid maka anda tidak dibenarkan untuk berpuasa. Sekiranya tempoh sudah melebihi 15 hari, maka wajib untuk anda berpuasa. Namun, ini hanya jawapan am. Anda disarankan untuk merujuk dengan pakar agama bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.