
farhaini_isha87
6 tahun
Darah keluar dulu baru najis
Saya wanita yg berumur 32 tahun. Masalah sy sekarang bila sy buang air besar, darah segar akn keluar dan baru diikuti najis. Sy mempunyai sembelit. Kalau dulu bila sy mkn pedas baru akn berak berdarah or pun kadang kadang tak keluar darah.
Tapi sekarang ni, bila sy mkn pedas sy akn berak berdarah. Sy cuba berhenti mkn pedas dlu tp still masih berak berdarah. Najis sy berwarna gelap dan darah yg keluar sebelum najis tu darah segar.
Tolong bantu sy doc. Sy takut kalau sy terkena kanser

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca pendarahan ketika membuang air besar. Antaranya:
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Radang usus
- Kanser usus
- Ulser di dalam perut
Oleh itu, untuk mengetahui punca pendarahan yang anda hadapi, anda perlu merujuk masalah ini kepada doktor. Maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan untuk memastikan puncanya agar dapat dirawat dengan tepat dan berkesan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.