
nadhiahharmain
5 tahun
Darah keluar ketika buang air besar
Sy sedang pregnant 4minggu. Saya nk tahu, knp satu hari sedang saya buang air besar, keluar darah? Adakah merbahaya utk sy yg sedang Hamil? This is my 1st baby

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan tahniah atas kehamilan anda dan kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dihadapi.Terdapat pelbagai punca pendarahan ketika membuang air besar. Antaranya:
Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
Ketumbuhan polip di dalam usus
Radang usus
Kanser usus
Ulser di dalam perut
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.