
Sulit
4 tahun
Darah keluar selepah beberapa hari haid TAMAT. Adakan ia tanda penyakit
Saya wanita berusia 27thn. Saya sudah berkahwin selama 2 tahun. Saya mengalami masalah haid Yang tidak normal iaitu kadang- kadang- haid Akan datang 3 -4bulan sekali. Akan tetapi Jika haid mesti Akan berlanjutan lama sehingga 2bulan lamanya. Pads ogos lalu Saya haid pada 10 ogos Dan berakhir pada 17 September (lamakan😅) risau pulak Saya. Tetapi Semalam pada 24 September ptg Saya mengalami pendarahan lagi. Sekejap ade sekejap hilang. Adalah itu Salah satu petanda penyakit?selepas period Saya ade bersama suami iaitu pada hari ketiga & ke enam selepas period. Adakah darah Yang keluar itu petanda Hamil atau penyakit. Harap doktor dpt bg jawapan sebab saya Sangat risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang tidak teratur yang berlaku semenjak baru-baru ini, serta disampingi dengan kedatangan haid yang berpanjangan. Haid yang tidak teratur yang anda perihalkan tersebut mungkin berkait dengan kedatangan haid yang berpanjangan ataupun tidak. Namun, gejala haid tidak teratur selalunya merupakan perkara yang biasa dialami oleh segolongan wanita yang sihat.
Terdapat beberapa penjelasan atau faktor dan penyakit yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kehamilan selalunya akan menyebabkan anda untuk tidak datang haid selama sebulan, dan ia disampingi oleh oleh simptom-simptom kehamilan seperti muntah, loya dan mual, sakit kepala, sakit payudara, pembesaran perut dan juga gangguan emosi.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan, dan juga jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid
- Pendarahan berketul atau lendiran yang busuk dan aneh (warna)
- Sakit pinggang
- Masalah kencing sakit atau kerap kencing
- Kegatalan pada kawasan faraj
- Sakit payu dara
- Simptom-simptom tiroid seperti yang diperihalkan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.