
sitizunika
5 tahun
Darah keluar selepas period
Assalamualaikum hi,sy wanita, 23 thun dan sudh brkhwin.
Haritu sy dh tnya doc pasl pendarahan selepas haid, sy dh refer doc,doc scan rahim xde ape2 mslh, dan sy dibekalkn ubt postan utk hntikn drh, tp tiada perubhn… Hingga hrni sudah 11 hri pendrhn brlaku. Lg 7 hri tarikh period sy yg sbnr, yang pelik sy tkde sakit ape2 pun. Cuma msa awl pndarahn tu breast sy agk snsitif, tp skrg ok dh… Priod sy sgt regular sblum ni. Sy xpnh rse segugut. Ap ye mslh sy sbnr nye, adakah ini dysfunctional uterine bleeding (DUB).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.