
jeffjeffery362
5 tahun
Darah keluar seperti haid
Saya wanita berusia 19 ,baru sebulan berkahwin , saya sudah keluar haid pada bulan lepas tetapi masuk bulan baru darah keluar lagi tapi pelik kerana darah keluar seminggu selepas hari uzur , dan darahnya sgt banyak , sebelum ni saya tak pernah kne macam ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Penggunaan alat IUD
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.