
Sulit
4 tahun
Darah keluar tanpa henti selepas mengugurkan kandungan
sy disahkan mengandung 6minggu dan doktor memberikan pil misoprostol utk sy mengugurkan kandungan .selepas berlaku penguguran .berapa lama darah akan berenti atau kluar dan blh ka bersama suami ketika itu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda perlu mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti seksual bersama dengan suami sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu. Berkenaan pendarahan tersebut, ia bergantung kepada keadaan anda dan sama ada prosedur pembuangan produk persenyawaan dilakukan ataupun tidak.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana pendarahan yang berpanjangan boleh menyebabkan komplikasi.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Masih mengalami pendarahan aktif
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Pucat
- Lemah dan lesu
- Muntah-muntah
- Sakit dada
- Sukar bernafas
Adakah pendarahan anda berpanjangan? Tempuhinya dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.