
Sulit
4 tahun
Darah ketul dn perut sbelah kiri belah bwah sakit
Slm dkto sya nur dari mlka…sya almi mslh period kluar darah ketul2 perut sbelh kiri belah bwah sakit sngt npe ya dktr? Skrg dh smggu blum stop lg period…sblum nie plng lma sya dtg period 5 hari stu hr tu akn klaur darh ketul2…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Untuk makluman anda, masalah sakit perut pada bahagian kiri bawa mungkin boleh berkait dengan masalah pendarahan haid yang beketul dan berpanjangan ataupun tidak.
Namun, terdapat beberapa penyakit atau faktor-faktor yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Darah yang berketul-ketul adalah disebabkan oleh takungan darah haid didalam rahim yang telah beku. Takungan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti ketumbuhan fibroid
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Masalah tiroid
- Sakit perut yang diperihalkan boleh disebabkan oleh senggugut biasa atau senggugut yang menandakan penyakit seperti ketumbuhan fibroid dan polip, ataupun kanser rahim
- Kanser rahim
- Penyakit keradangan pada pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI
- Penyakit endometriosis iaitu ketumbuhan tisu rahim asing pada luar organ rahim.
- Masalah pendarahan seperti kurang platelet boleh menyebabkan kedatangan haid yang berpanjangan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan siasatan lebih lanjut demi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai. Sila pantau simptom-simptom lain sementara waktu ini, seperti:
- Keletihan dan tidak bermaya
- Pendarahan haid yang berlarutan
- Senggugut yang tidak terkawal
- Demam dan menggigil
- Kebiruaan pada jari-jari dan bibir atau mulut
- Kaki atau tangan bengkak
- Penumbuhan bulu roma yang berlebihan seperti lelaki.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.