
Sulit
4 tahun
Darah & lendir keluar selepas membuang air besar
Saya seorang remaja perempuan dan berumur 19 tahun. Pada tahun lepas, selepas saya membuang air besar saya mendapati ada darah yang mengalir keluar dari lubang dubur saya & saya tidak merasa sakit dia bahagian lubang dubur sama sekali jadi saya tidak mengendahkannya kerana menganggap itu perkara biasa. Sejak kebelakangan ini, saya sering merasa sakit yang teramat sangat dia bahagian abdomen. Setiap kali selepas saya membuang air besar, ada darah yang keluar dari lubang dubur saya dalam kuantiti yang banyak dan lendir jernih. Darah itu tidak bercampur dengan najis. Saya juga mengalami sesak nafas yang luar biasa sehingga menganggu aktiviti harian saya. Saya ingin mengetahui adakah ini cuma perkara biasa dan perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut? Saya berharap panel doktor dapat menjawab persoalan saya, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kurang mengambil makanan yang kaya dengan serat
- Jangkitan usus
- Divertikulitis
- Kanser usus
- Kecederaan pada lapisan usus atau salurang penghadaman
- Anal fissure
- Anal fistula
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anda mempunyai masalah ini buat masa yang lama dan perkara ini memerlukan perhatian segera oleh anda dan doktor kerana kami bimbang ia berpunca dari masalah yang lebih serius.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Terdapat perubahan pada kekerapan membuang najis
- Najis berdarah
- Pucat
- Lesu dan lemah badan
- Sukar bernafas
- Sakit dada
- Gejala mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.