
Sulit
3 tahun
Darah menitik ketika membuang air besar / najis
Sy seorng wanita berumur 27thn. Beberapa hari lepas, saya telah habis period. Kemudian, saya membuang air besar dan sy dapati ada darah berwarna merah terang menitik setiap kali saya meneran. Namun sy tidak berasa sakit atau susah utk membuang air besar. Saya telah mengalami situasi ini sebanyak 3kali. (Risau utk ke klinik dlm keadaan covit dn lockdown) saya risau darah menitik dan saya tidak berasa sakit?.Apakah punca dan perkara yg perlu saya tahu. Terima kasih kerana membantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Kami amat memahami kegusaran dan ketidakselesaan mengenai masalah darah pada najis ketika membuang air besar.
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya najis beserta darah terutamanya apabila membuang air besar , antaranya termasuk:
- Buasir
- Sembelit atau disebabkan najis yang keras
- Polip usus atau Familial adenomatous polyposis (FAP)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Fisur dubur (Anal fissure)
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- Kanser usus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.