
Sulit
4 tahun
Darah merah drop dan nafas seperti semput
Saya wanita berumur. 33tahun.baru2 nih saya buat pemeriksaan kesihatan di hospital dan doktor memaklumkan darah merah sy drop. Tapi tak lah sehingga perlu masukkan darah… Saya juga mengalami masalah haid yang kadang kadang keluar banyak dan kadang kadangbia berpanjangan walaupun darah haid keluar sedikit sahaja.
Sekarang saya rasa macam ada semput, cepat mengah dan seperti sesak nafas… Adakah simtom yang sy hadapi sekarang kesan daripada darah merah drop itu?
Buat pengetahuan doktor sekarang juga saya sedang batuk lebih dr seminggu…
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Selain dari pada kurang darah merah, terdapat beberapa sebab lain mengapa anda mengalami sesak nafas, seperti:
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru
- Lemah atau sakit jantung
- Radang selaput dada atau costochondritis
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Berikut adalah antara tanda-tanda kurang darah merah:
- Pucat
- Lemah badan
- Pitam
- Sakit dada
- Sesak nafas
Saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor kerana anda mengalami gejala-gejala tersebut supaya dapat diperiksa dengan lebih lanjut dan rawatan daapt diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan yang lebih cerah daripada doktor kami. Terima kasih.