
Sulit
4 tahun
Darah nias serta sakit perut
Hello saya berpantang hari ni masuk ke 43 jadi disini soalan saya,pada akhir ni darah makin kurang setelah saya makan pil perancang yg dibagi oleh pihak klinik,setelah saya lupa and stop dan darah mula keluar dan sakit di bawah perut seperti cramp…adakah ini sihat?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Memandangkan anda terlupa untuk mengambil pil tersebut, anda mungkin sedang alami breakthrough bleeding iaitu pendarahan akibat berhenti mengambil pil tersebut. ia boleh atau tidak menyebabkan kesakitan pada perut. namun, jika anda dapati anda menghasilkan cecair/lendir berbau serta berdarah dengan banyak, anda harus mengunjungi bahagian kecemasan kerana risau jika anda mengalami tumpah darah. Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan pil perancang adalah seperti:
- Haid/Pendarahan yang tidak teratur
- Loya
- Sakit payudara
- Berat badan bertambah
- Sakit kepala
- Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.