
najihah_azizan
5 tahun
Darah nifas atau darah haid
Hi doktor, saya berumur 29tahun dan baru melahirkan seorang bayi sulung. soalan saya bagaimanakah cara nak bezakan darah nifas atau haid?. Berapa lama darah nifas terjadi?Pada mulanya darah nifas semakin berkurangan, selepas itu keluar cecair kekuningan mcm tu la. tak lama kemudian darah muncul kembali. Selang beberapa hari darah sudah semakin berkurangan(tiada) dan selepas itu muncul kembali darah tersebut. Saya confuse adakah tu darah haid. Kali kedua darah kembali adakah itu darah penyakit (istiadah). Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini. Berdasarkan keterangan anda, agak sukar untuk membuat kesimpulan mengenai punca pendarahan anda tanpa maklumat dan pemeriksaan lanjut. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca pendarahan tersebut. Antara penyebabnya adalah:
- Ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Dysfunctional uterine bleeding
- Masalah darah tidak boleh membeku
- Kanser rahim, ovari atau cerviks
- Penggunaan alat pencegah kehamilan di dalam rahim
- Penggunaan ubat -ubatan tertentu
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.