iamzahidah
6 tahun
Darah nifas atau haid
Assalamualaikum.
Saya baru bersalin pada 20/4/19 secara normal. Darah nifas juga keluar seperti biasa sehingga keluar lendir jernih kemerahan. Saya jangkakan nifas saya akan habis nanti. Tapi pada 29/5/19 keluar darah merah berterusan sehinggah sekarang. Adakah ini masih darah nifas atau haid? Darah yg keluar juga agak banyak tidak seperti haid saya sebelum hamil. Saya juga ada baca mengenai tumpah darah sekunder. Adakah ini juga tanda tumpah darah? Untuk makluman saya tidak mengalami sebarang kesakitan.
Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini. Berdasarkan keterangan anda, agak sukar untuk membuat kesimpulan mengenai punca pendarahan anda tanpa maklumat dan pemeriksaan lanjut. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca pendarahan tersebut. Antara penyebabnya adalah:
- Ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Dysfunctional uterine bleeding
- Masalah darah tidak boleh membeku
- Kanser rahim, ovari atau cerviks
- Penggunaan alat pencegah kehamilan di dalam rahim
- Penggunaan ubat -ubatan tertentu
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































