
Sulit
5 tahun
Darah nifas bagi bersalin secara pembedahan
Saya merupakan ibu baru lepas bersalin secara ceaser. Saya ingin bertanya berkenaan dengan darah nifas, pada minggu ke 1 sehingga 4 selepas bersalin,darah saya keluar warna merah sehingga warna coklat cair. Selepas pada itu, tiada keluar darah kotor, namun pada minggu ke 7 selepas bersalin, ada keluar cecair melekit berwarna kekuningan dari faraj selama 5 hari, adakah itu sisa darah nifas yang belum habis keluar atau cecair kuning akibat jangkitn kuman? Saya Dimaklumkan bersalin secara ceaser, darah nifasnya akan keluar sehingga tempoh 60 hari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, cecair tersebut dikenali sebagai lochia. Selepas wanita bersalin, pendarahan akan berlaku dalam tempoh 6 minggu. Pendarahan tersebut akan berkurangan sehingga menjadi cecair berwarna coklat. Lama kelamaan, ia boleh beubah menjadi cecair berwarna putih/ kekuningan yang tidak berbau.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.