
humairahanania
5 tahun
Darah nifas banyak semula
Saya ibu berusia 31 tahun baru 41 hari melahirkan anak secara c zer.Dalam hari ke 36 darah nifas saya sudah kering tp masuk hari ke 39 darah keluar banyak semula.Darah seperti darah haid merah berketul ketul tetapi banyak.dalam 3 jam pad sudah penuh.tetapi apabila saya kencing darah banyak keluar semasa membuang air kecil.adakah ini darah nifas atau darah haid?perlukah saya berjumpa dgn doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca darah nifas berpanjangan/berlebihan adalah:
- rahim tidak kecut sepenuhnya
- tisu placenta yang tertinggal dalam rahim
- kecederaan di saluran peranakan/rahim
- masalah pembekuan darah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih