
Sulit
5 tahun
Darah nifas berwarna kehijauan
Saya baru bersalin 2bulan, secara pembedahan. Saya perasan sejak beberapa hari ini, warna darah nifas bertukar kuning kehijauan… Adakah normal atau macam mana? Apa yg saya perlu buat sekiranya tidak normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan yang anda alami boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Jangkitan dalam rahim
Sekiranya anda mempunyai gejala lain seperti kegatalan, bau keputihan yang tidak menyenangkan, demam dan sakit perut, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.