
balkiszalina
4 tahun
Darah nifas@haidh@penyakit?
Saya sudah 50 hari melahirkan anak kedua.
Darah nifas saya normal sejurus selepas bersalin.
Bermula hari ke 35-42 hanya ‘spotting’ yang keluar, kadang-kadang cecair berwarna kuning/oren, dan kadang2 tiada langsung cecair yang keluar.
Tapi bermula hari ke 43-50(hari ini) darah kembali menjadi merah terang dan banyak seperti darah haidh. Darah memenuhi ‘pad’ setiap 3 jam.
Apakah jenis pendarahan sekarang?
Adakah merbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk menjawab pertanyaan anda, darah haid tidak akan keluar sehingga lebih kurang 1 hingga ke dua tahun sekiranya anda masih menyusukan anda secara eksklusif maksudnya menyusu sepenuhnya.
Namun, secara am nya bagi ibu yang baru bersalin, darah haid boleh keluar bila bila antara 2 hingga 18 bulan. Bagi kes anda, mungkin itu adalah darah period…
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.