
nightmarescream91
5 tahun
Darah Nifas selepas 60 hari
Saya baru melahirkan anak secara normal 62hari yang lepas …2hari selepas bersalin saya ada makan jamu dan herba tetapi oleh kerana doctor menyarankan saya untuk berhenti mengambil jamu herba halia kunyit untuk mengelakkan jaundice pada baby saya yang disahkan prologue jaundice lebih dari 14hari … darah nifas saya sudah berhenti pada hari ke 27 … namun … pada hari yang ke 41 , darah kecoklatan mula muncul untuk beberapa hari kemudian berhenti … pada hari ke 46 setelah baby saya disahkan bebas dari jaundice saya mula makan jamu herba dan bertungku … 2hari kemudian pada hari ke 49 darah kembali keluar dalam kuantiti yang banyak berlarutan sehingga hari ke 53 (6hari) dan darah mula berhenti dan kering … namun pada hari ke 61 lendir kecoklatan muncul semula … dan hari ke 62 terdapat darah sedikit keluar …
namun dalam keadaan ini, saya tidak mengalami sakit apa2 …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, kebanyakan wanita akan mengalami tempoh nifas selama 6 minggu atau kurang. Setelah itu, tubuh akan kembali ke keadaan biasa (sebelum hamil) dan pada kondisi ini anda dikatakan siap untuk hamil lagi. Justeru, anda boleh mulai berencana untuk mengambil pil perancang.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.