Sulit
6 tahun
Darah nifas setelah 54 hari
Hye doc…sy br melahirkn bby pd 15/10 yg lalu…sec normal ttpi hematoma d right vaginal.
Persoalan sy, d ari ke-54 ni sy msih keluar kekuningan d panty liner sy, adakah itu d pnggl “lokia”? Atau ad skt lain yg sy hadapi?
Sy juga ragu2 utk solat krn mslh itu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, gejala yang anda hadapi adalah lokia.
Darah nifas boleh keluar dari 40 hingga 60 hari. Jika melebihi 60 hari ia dikira istihadah dan perlu solat. Walaubagaimanpun, sila rujuk pada ustaz bagi maklumat yang lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































