
Sulit
4 tahun
Darah penyakit. Kaitan dengan penyakit gastritis, buasir, atau tiada kena mengena?
Saya wanita berusia 30 tahun. Menghidap gastritis sejak 21 Mac, dan menghidap buasir dalaman sejak 28 Mac. Walaubagaimanapun pemeriksaan telah dilakukan di hospital pada 20 Apr lalu. Buasir sudahpun mengecut. Ujian ultrasound, urin dan darah dilakukan. Keputusannya positif, iaitu tiada sebarang tanda jangkitan kuman atau penyakit lain. Tetapi apa yang menjadi persoalan pada saya ketika ini adalah darah istihadah (penyakit) keluar, sebelum ini tidak pernah keluar. Kali terakhir period adalah pada 7 April. Darah ini mulai keluar sekitar 18 April, tidak kerap (sekali-sekala) dan warnanya berbeza-beza. Adakalanya coklat, adakalanyamerah segar. Untuk pengetahuan, saya masih consume ubat buasir (tablet) dan adakalanya makan ubat gastritis untuk menahan rasa lapar ketika bulan puasa kni. Adakah ini merupakan antara punca darah penyakit ini keluar?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Ubat yang anda ambil gastrik atau buasir seharusnya tidak mempengaruhi kitaran haid anda. Namun, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.