
farahnurshahira92
5 tahun
Darah period atau bukan?
Saya wanita berumur 28 tahun. Sudah berkahwin selama 1 tahun 6 bulan dan belum dikurniakan cahaya mata lagi. Saya mengalami pening kepala dan melayang-layang sejak minggu lepas. 3 hari lepas, saya dapati ada cecair seakan darah period berwarna coklat keluar dari vagina. Sedangkan kitaran period saya baru hari ke 17. Saya mahu membuat UPT namun agak tidak yakin kerana cecair tersebut masih keluar on/off dan dalam kadar yg sangat sedikit dan sudah masuk hari ke 4. Adakah ini darah period?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
Memandangkan anda sedang hamil, spotting adalah perkara normal untuk berlaku pada awal kehamilan. Walaubagaimanpun, sekiranya anda mengalami gejala seperti rahim sakit, sakit pinggang, pendarahan yang banyak dan berketul, demam, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.