
ecahasri77
5 tahun
Darah period banyak
Saya wanita 28thn,saya sudah berkahwin dan pernah mengalami keguguran beberapa kali.sebelum keguguran period saya teratur,tetapi selepas saya gugur,period saya teratur cuma darah terlampau banyak,bewarna merah biasa.saya terpaksa pakai pad yang over night.adakah period saya normal,atau saya ada masalah lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan haid banyak boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.