
Sulit
5 tahun
Darah period berketul
sy berusia 36thn…telah berkahwin selama 12 tahun dan masih tidak mempunyai anak… tp sy baru mengambil anak angkat. 11/3/2019 sy mula amk suntikan maxolon dan mkn ubat domperidone untuk ransang susu… alhamdulillah susu berjaya kelua…25/5/2019 sy dh stop makan ubat…selepas sy stop ubat period sy dtg setiap bulan…tapi bnyk…sebelom ne sy dtg period darah klua ckt…hari k4 dh xbnyk…paling lama 8hari… lps stop ubat darah bnyk klua dlm 7hr…lps tu ckt2 selama 8-9 hari…lps tu hanya lendir warna kuning@coklat 9-10hr…kdg lebih…dan darah klua berketul2…kdg sengugut yg kuat… bulan ne senggut sy kurang…tp darah berketul masih sama…adakah normal atau ade tanda2 sakit apa…sy xpernah buat rawatan kesuburan selama berkahwin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, penyebab utama ketidaksuburan pada wanita adalah kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur. Faktor lain termasuk masalah dengan organ-organ pembiakan, masalah hormon, dan parut atau sumbatan tiub fallopian. Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan jangkitan masa lalu (STI) atau endometriosis. Selain itu, masalah luar sistem pembiakan seperti masalah kelenjar tiroid atau kelenjar pituitari juga boleh menyumbang kepada kemandulan.
Apabila membahaskan tentang ovulasi yang tidak teratur, penyebabnya boleh terdiri daripada beberapa perkara seperti dibawah:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Justeru, sebaiknya puan dan suami mendapatkan konsultasi doktor pakar untuk merancang kehamilan anda dan mendeteksi masalah-masalah yang mungkin dihadapi. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih