
Sulit
4 tahun
Darah period cair dan sikit.adakaha ia berkaitan dengann anemia
Darah period cair dan sikit . Sblm period saya akan mengalami gastrik yg teruk. Adakah perkara ini berkaitan dgn anemia?? Perlukah saya berjumpa dgn doctor??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah spotting atau keluar darah coklat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perimenopaus
Pendarahan yang berlebihan pula boleh disebabkan oleh :
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Kami tidak boleh mengulas lanjut berkenaan dengan darah cair kerana ia terlalu subjektif untuk diukur. Sebaiknya, anda pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan berkenaan dengan tahap kepekatan darah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.