
Sulit
4 tahun
Darah period cair dan sikit .Selain itu,mengalami period pain yg sgt teruk dan sblm period saya akan mengalami gastrik yg teruk. Adakah perkara ini berkaitan dgn anemia? Perlukah saya berjumpa dgn doctor?
Saya berumur 18 thn .Kebanyakkan keluarga sblh mak menghidapi anemia termasuk juga kakak saya.Adakah perkara ini berkaitan?

4 tahun
Sakit perut merupakan salah satu gejala yang paling biasa dialami oleh warga perempuan semasa kedatangan haid. Perubahan hormon yang berlaku semasa kedatangan haid akan menyebabkan otot-otot di dalam rahim anda untuk mengeras untuk membuang darah di dalam rahim.
Selain itu, perubahan hormon tersebut akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap kesakitan yang berpunca daripada otot-otot rahim yang mengeras. Oleh itu, warga perempuan akan mengalami sakit perut semasa kedatangan haid. Secara umumnya, sakit perut semasa haid boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau ubat pencegah kehamilan.
Namun demikian, sakit perut yang teruk semasa kedatangan haid boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kondisi lain seperti:
- endometriosis (lapisan dalam rahim yang tumbuh di luar rahim)
- fibroid
- adenomyosis
- jangkitan rahim
Penyakit-penyakit seperti endometriosis boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti ketidaksuburan jika tidak dirawat dengan awal. Oleh sebab kesakitan anda telah mengganggu aktiviti harian anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.